Pernah tak anda terpikir nak gandakan duit KWSP? Sekarang, masanya sudah tiba. Daripada duit tu berhabuk duk dlm KWSP, baik anda gandakan dan nikmati duit yang beranak pinak apabila anda tua nanti.
Caranya???
Laburkan dalam Unit Amanah. Pelaburan jangka panjang ini akan menggandakan duit anda yang sedia ada dalam akaun 1 KWSP anda. Maknanya anda cuma alihkan sementara wang dari KWSP untuk dilaburkan dan akan dipulangkan semula kepada KWSP beserta keuntungannya apabila anda pencen nanti. Mudah kan??
Pelaburan Melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Pengenalan
Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat dibawah inisiatif strategic “ Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA).
Definasi Simpanan Asas
Simpanan Asas ialah jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalan Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas dalam produk dan menerusi institusi pelaburan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Syarat-syarat yang ditetapkan :
1)Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan dibawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.2)Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1000.00
Jadual umur dan jumlah Simpanan Asas dalam Akaun 1
Umur Simpanan Asas (RM)
---- ------------------
18 1,000
19 2,000
20 3,000
21 4,000
22 5,000
23 7,000
24 8,000
25 9,000
26 11,000
27 12,000
28 14,000
29 16,000
30 18,000
31 20,000
32 22,000
33 24,000
34 26,000
35 29,000
36 32,000
37 34,000
38 37,000
39 41,000
40 44,000
41 48,000
42 51,000
43 55,000
44 59,000
45 64,000
46 68,000
47 73,000
48 78,000
49 84,000
50 90,000
51 96,000
52 102,000
53 109,000
54 116,000
55 120,000
Contoh Pengiraan Kelayakan
Ahli AUmur 22
Simpanan Di Akaun 1 4,000
Simpanan Asas (RM) 5,000
Pengiraan :Simpanan
Akaun 1 – Simpanan Asas x 20%
Kelayakan Ahli:Ahli tidak layak memohon. Simpanan di akaun 1 kurang dari simpanan asas.
Ahli BUmur 22
Simpanan Di Akaun 1 8,000
Simpanan Asas (RM) 5,000
Pengiraan :Simpanan Akaun 1 – Simpanan Asas x 20%(8000-5000) x 20%
= RM600
Kelayakan Ahli:Ahli tidak layak memohon. Amoun kelayakan minimum kurang dari RM1000
Ahli CUmur 25
Simpanan Di Akaun 1 20,000
Simpanan Asas (RM) 9,000
Pengiraan :Simpanan Akaun 1 – Simpanan Asas x 20%(20000 –9000) x 20%
= RM2,200
Kelayakan Ahli:Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum RM1000 dan maksimum RM2,200
Ahli DUmur 45
Simpanan Di Akaun 1 100,000
Simpanan Asas (RM) 64,000
Pengiraan :Simpanan Akaun 1 – Simpanan Asas x 20%(100,000-64,000) x 20%
= RM7,200
Kelayakan Ahli:Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum RM1000 dan maksimum RM7,200
UTK MAKLUMAT LEBIH LANJUT SILA HUBUNGI SAYA DITALIAN 0126482132