Kami mahu membantu

Hubungi Segera!

Thursday, June 26, 2008

DIY White Box


Inilah DIY White Box ataupun dikenali sebagai Kotak Putih Buat Sendiri. Dengan menggunakan peralatan yang ada disekeliling kita, ia dapat memberi pelbagai inspirasi dan ilmu tambahan kepada seseorang itu.

Peralatan yang digunakan adalah seperti "lampu kaki", "pemantul cahaya" yang digunakan pada cermin kereta dan beberapa kemahiran asas penggunaan kamera.

Pasangkan peralatan anda seperti gambar rajah diatas atau mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing. Pastikan latarbelakang dan lantai adalah putih, jika pencahayaan yang dikehendaki adalah putih. Kemudian, model atau bahan yang hendak dijadikan sebagai objek gambar.

Tetapan kamera adalah berdasarkan "White Balance" ataupun Imbangan Cahaya juga dikenali sebagai Suhu Cahaya. Ini bergantung kepada jenis cahaya yang digunakan. Tidak seperti saya, lampu yang digunakan adalah dari lampu yang mengeluarkan warna oren. Jadi WB atau "White Balance" adalah "Tungsten".

Akhir sekali, masa untuk "menembak" atau mengambil gambar. Ambil pelbagai sudut dan pelbagai gaya mengikut cita rasa dan style anda tersendiri. Selamat mencuba.
Posted by Picasa

No comments: