Kami mahu membantu

Hubungi Segera!

Monday, January 18, 2010

Kepentingan memiliki insurans

1. Untuk melindungi pendapatan keluarga

Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak – anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak – anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insuran
hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/ kesihatan yang tinggi.

6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.

8. Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.

9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.

10. Sebagai sokongan kepada rakan
Orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang membeli insurans hayat untuk menyokong seorang rakan ejen.

sumber dari http://www.allianzpowerlink.com/

bagaimana SEKURITI DI LULUSKAN SYARIAH

Sekuriti lulus Syariah didagangkan setiap hari di pasaran saham Malaysia. Mungkin pelabur telah pun melabur dalam sekuriti ini tanpa menyedarinya. Pada asasnya, sekuriti patuh Syariah adalah sekuriti yang sama yang didagangkan di Malaysia Securities Exchange Bhd (MSEB) tetapi sekuriti ini mesti mematuhi satu set kriteria sebelum mereka boleh dikategorikan sebagai lulus Syariah.








Aktiviti yang dibenarkan berbanding aktiviti yang tidak dibenarkan Bawah prinsip Syariah, salah satu daripada aspek paling penting sebelum sesuatu keputusan pelaburan dibuat ialah keperluan menilai aktiviti perniagaan sesuatu syarikat untuk memastikan sama ada aktivitinya dibenarkan (halal) atau tidak dibenarkan (tidak halal). Jadi, bagaimana pelabur hendak menentukannya?


Untunglah bagi pelabur Malaysia, Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengambil langkah untuk menilai aktiviti perniagaan syarikat-syarikat awam tersenarai. Sekuriti bagi syarikat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MPS akan diklasifikasikan sebagai lulus Syariah.

Kriteria
Sekuriti bagi syarikat yang menjalankan mana-mana kegiatan yang berikut tidak layak untuk lulus Syariah:

a. Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);
b. Perjudian;
c. Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan;
d. Insurans konvensional;
e. Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah;
f. Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan;
g. Pembrokeran atau jual beli sekuriti yang tidak diluluskan Syariah; dan
h. Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.

Selain itu, MPS turut mengambil kira faktor-faktor lain yang tidak berasaskan aktiviti, seperti -


Kadar sumbangan pendapatan faedah yang diterima oleh syarikat daripada simpanan tetap konvensional atau lain-lain instrumen kewangan yang mempunyai faedah.

Dividen yang diterima oleh syarikat daripada pelaburannya dalam sekuriti yang tidak lulus Syariah

Walau bagaimanapun, bagi syarikat yang aktiviti perniagaan terasnya meliputi kedua-dua elemen, yang dibenarkan dan tidak dibenarkan, MPS menetapkan kriteria tambahan dalam menilai sekuriti syarikat tersebut, iaitu:

Peratus elemen haram apabila dibandingkan dengan keseluruhan aktiviti teras;

Persepsi awam atau imej syarikat, sama ada baik atau sebaliknya; dan

Aktiviti teras syarikat, sama ada penting dan membawa manfaat secara umum (maslahah) kepada keseluruhan masyarakat (ummah).

Ukur rujuk 10 peratus

Ukur rujuk ini digunakan untuk menilai kadar sumbangan bercampur daripada aktiviti yang membabitkan elemen "umum balwa" yang merupakan elemen terlarang yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar untuk dielakkan. Contoh sumbangan ini ialah pendapatan faedah daripada simpanan tetap (FD) syarikat tersenarai di bank konvensional. Ukur rujuk ini turut digunakan bagi aktiviti berkaitan tembakau.

Contoh:

Jentayu Bhd merupakan sebuah syarikat pembinaan yang menyimpan wangnya dalam simpanan tetap (FD) konvensional di bank perdagangan. Jika peratus pendapatan faedah daripada FD yang disumbangkan kepada hasil kumpulan, melebihi 10 peratus ukur rujuk, sekuriti Jentayu Bhd akan diklasifikasikan sebagai tidak lulus Syariah.

Ukur rujuk 25 peratus

Ukur rujuk ini digunakan untuk menilai kadar sumbangan bercampur daripada aktiviti yang pada amnya dibenarkan menurut Syariah tetapi turut mempunyai elemen aktiviti yang boleh menjejaskan status lulus Syariahnya. Antara aktiviti yang termasuk dalam ukur rujuk ini ialah pengurusan hotel dan rumah peranginan dan perdagangan saham serta pembrokeran saham dalam sekuriti yang tidak lulus Syariah. Aktiviti ini boleh melibatkan aktiviti yang tidak dibenarkan menurut Syariah.

Contoh:

Batu Bhd terlibat dalam perniagaan kuari dan pembinaan. Walau bagaimanapun, salah satu daripada anak syarikatnya terlibat dalam perniagaan perhotelan dan pusat peranginan. Sekuriti Batu Bhd akan diklasifikasikan sebagai tidak lulus Syariah sekiranya peratus hasil dan keuntungan sebelum cukai daripada hotel dan pusat peranginan itu menyumbangkan 25 peratus melebihi ukur rujuk, kepada hasil dan keuntungan sebelum cukai kumpulan tersebut

Kriteria kualitatif

Dalam menentukan status Syariah, MPS turut mengambil kira faktor kualitatif, umpamanya pandangan umum atau imej syarikat dan aktiviti terasnya, dan sama ada aktiviti itu penting dan dianggap maslahah (memberikan "manfaat" umum) kepada masyarakat dan negara Islam.

Pada masa ini, lebih daripada 80% syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia diklasifikasikan sebagai lulus Syariah. Oleh itu, pelabur yang melabur berdasarkan prinsip-prinsip Syariah mempunyai lebih banyak syarikat untuk dipilih bagi menambah portfolio pelaburan mereka.

Sumber-sumber bantuan




Lebih 80% sekuriti yang disenaraikan di MSEB adalah lulus Syariah dan terdapat dalam hampir kesemua sektor. Ini menyediakan peluang pelaburan yang mencukupi bagi pelabur yang berhajat untuk melabur dalam sekuriti lulus Syariah. Pelabur boleh membuat semakan cepat dengan-



Membaca buku kecil SC mengenai Senarai Sekuriti yang Diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti yang boleh diperoleh secara percuma daripada SC dan dikemaskinikan setiap enam bulan; atau

Melayari tapak web SC di http://www.sc.com.my/ untuk menyemak senarai sekuriti lulus Syariah.

Tetapi ingatlah bahawa sekuriti lulus Syariah hanyalah untuk menyatakan status dibenarkan atau halal bagi sesuatu sekuriti. Ia bukan satu pengesahan oleh SC bahawa sekuriti itu sesuai untuk pelaburan. Pada asasnya, pelabur mesti membuat keputusan pelaburan mereka sendiri. Oleh itu, pelabur masih perlu melengkapi diri dengan pengetahuan, contohnya membaca prospektus dan laporan tahunan syarikat.

Siapa yang menentukannya?

Sekuriti lulus Syariah ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC). Ahli-ahli MPS, yang dilantik oleh SC, terdiri daripada para ulama, hakim dan pakar kewangan. Mereka menentukan sekuriti yang mana mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

Untuk maklumat lanjut mengenai sekuriti lulus Syariah, sila hubungi Jabatan Pasaran Modal Islam di nombor 03-6204 8000
 
sumber dari : http://www.jomlayan.com/mybb/bagaimana-sekuriti-di-luluskan-syariah-t-14754.html

Tazkirah Iman Semut Vs Iman Manusia

IMAN SEMUT...


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:

"Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab:

"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:

"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:

"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:

"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut:

"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:

"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:

" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, maka dia sanggup buat apa saja untuk kepentingan peribadinya sendiri, dan iman nya juga dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Sunday, January 17, 2010

Apa itu takaful?

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda. Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi insurans am atau pelan takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan ditetakkan kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda.

Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.

Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, January 9, 2010

Qauliyah

1.Senantiasa menjaga lidah dari berdusta.


2.Senantiasa menjaga lidah dari menyakiti hati orang lain.

3.Senantiasa menggerakkan lidah menyebut dzikir.

4.Senantiasa membersihkan lidah dari perkataan kotor.

5.Senantiasa berkata jujur dan apa adanya.

6.Senantiasa diam jika tidak ada yang perlu dibicarakan.

7.Senantiasa menjaga lidah dari menyampaikan ilmu yang menyesatkan.

8.Senantiasa menjaga lidah dari membuat keputusan atau klaim yang tidak benar kepada orang lain.

9.Senantiasa menunda ucapan jika tidak yakin akan kebenarannya.

10.Senantiasa bermanis kata pada kedua orang tua, guru, jama’ah dan juga pada orang yang berilmu.

11.Senantiasa mengucapkan dzikir Tahlilullisan.

12.Senantiasa beristighfar saat berkumur.

13.Senantiasa menghindari hina, ghibah dan namimah yang menyakitkan perasaan orang lain.

14.Senantiasa melafazhkan ayat Al-Qur’an disaat teringat ayat-ayat tertentu.

15.Tidak berbicara hal-hal duniawi di dalam masjid.

16.Tidak berbicara diantara maghrib dan isya selain berbicara mengenai ilmu yang bermanfaat.

17.Senantiasa menyampaikan salam.

18.Senantiasa meminta maaf dan berterima kasih.

19.Senantiasa merendahkan suara saat berbicara meskipun di dalam keadaan marah.

20.Tidak pernah menyela pembicaraan orang.

21.Tidak pernah menyatakan orang bersalah selain mengungkapkan kebenaran.

22.Senantiasa menyimpan suara di saat wirid selain dzikir lisani (dzikir bersama).

23.Senantiasa menyampaikan ilmu majelis kepada orang lain dan mengajak mereka untuk berba’yat.

24.Tidak pernah mengucapkan amalan atau menceritakannya di waktu dan tempat yang tidak wajar.

25.Tidak pernah mengiyakan ucapan orang lain yang menjelek-jelekan orang lainnya, meskipun itu benar.

26.Senantiasa menjaga lidah dari membuka kekurangan orang lain meskipun itu benar.
 
dari sumber : http://majelisaljabbar.wordpress.com/jamaah-majelis/adab-jamaah/

Qalbiyah

1.Senantiasa mengingat Allah saat susah dan senang.


2.Senantiasa merasa dilihat oleh Allah.

3.Senantiasa mengenang para nabi dan wali.

4.Senantiasa merindukan Rasulullah Muhammad SAW.

5.Senantiasa menyelimuti hati dan menghalang rasa cinta dunia masuk kedalamnya.

6.Senantiasa menangisi dosa dan salah.

7.Senantiasa merasa puas dengan nikmat yang ada, dan merasa haus dengan amal yang ada.

8.Senantiasa rendah hati pada orang berilmu dan baja pada orang kafir.

9.Senantiasa mendahulukan Allah, Rasul, Wali dan kedua orang tua di dalam hati.

10.Senantiasa bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusanNya.

11.Senantiasa mengakui kelemahan hati dan mensyukuri kekuatan hati yang Allah berikan.

12.Senantiasa menyebut ismuzzat disetiap gerak hati jika teringat.

13.Senantiasa mendobrak batu hati dengan tahlil dan takbir.

14.Senantiasa bersabar dan menahan amarah.

15.Senantiasa mengisi hati dengan ilmu akhirat dan mengisi akal dengan ilmu dunia.

16.Senantiasa mempertajam pandangan mata bathin.

17.Senantiasa merasa iba pada fakir miskin dan orang yang dizhalimi.

18.Senantiasa merasa bahagia dan merasa cukup dengan pemberian.

19.Senantiasa menghindarkan hati dari bid’ah dan syirik halus maupun kasar.

20.Senantiasa ikhlas pada sunnatullah dan berusaha menggapai makrifat.

21.Senantiasa membenci iblis sebagaimana membenci musuh.

22.Senantiasa merindukan Makkah dan Madinah.

23.Senantiasa menutup hati dari berghibah dan berfitnah.

24.Senantiasa menjaga hati dari bercabang-cabang.

25.Senantiasa menjaga hati dari membenci orang beriman dan berilmu.

26.Senantiasa membersihkan hati dari sifat-sifat mazhmumah dan mengisinya dengan sifat-sifat mahmudah.
 
dari sumber : http://majelisaljabbar.wordpress.com/jamaah-majelis/adab-jamaah

Fi’liyah

1.Sesungguhnya manusia mengalami persaksian akan tiada Tuhan selain Allah sebanyak 3 kali, yaitu syahadat alam Arwah, syahadat alam arham dan syahadat alam Syuhudul af’al.


2.Seluruh manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih, orang tuanya yang mengagamakan dan lingkunganlah yang merubah dan pengalaman yang membentuknya.

3.Sesungguhnya Adam merupakan manusia pertama namun bukan yang paling pertama.

4.Ibadah shalat didirikan untuk mengingat Allah dan tidak ada penggantinya. Didalam shalat terdiri syahadat, puasa, zakat dan haji.

5.Ada tiga perkara yang wajib diperhatikan oleh setiap Mukmin di dalam seluruh keadaan, yaitu melaksanakan perintah allah, menjauhi segala larangan dan ridha dengan ketentuan-ketentuanNya.

6.Ikutilah seluruh ajaran Muhammad dan tidak boleh merubah jalan yang telah diajarkan tanpa adanya ilmu.

7.Bersabarlah selalu dalam menghadapi segala ujian.

8.Bertobatlah selalu dikala mengingat dosa.

9.Bersyukurlah selalu dikala mengingat nikmat.

10.Jangan pernah berdecak kagum dengan perhiasan dunia yang dimiliki oleh orang kafir.

11.Senantiasa bersedekah setiap hari.

12.Senantiasa menyampaikan ilmu walaupun hanya satu ayat.

13.Senantiasa memikirkan segala kejadian dan mengambil hikmah dari kejadian tersebut.

14.Senantiasa menyebut ismuzzat disetiap helaan nafas jika teringat.

15.Senantiasa merasa gembira mendengar bacaan Al-Qur’an dan bersalawat saat mendengar nama Rasulullah Muhammad SAW disebut.

16.Senantiasa membaca ayat-ayat Al-Qur’an beserta artinya dan berusaha memahaminya dengan ilmu dan nur.

17.Senantiasa memaafkan segala kesalahan orang lain dan mendoakan orang yang baik.

18.Senantiasa memandang dunia ke bawah dan memandang akhirat ke atas.

19.Senantiasa mendoakan orang tua disetiap sujud terakhir.

20.Senantiasa bermanis muka dengan senyuman yang tulus.

21.Senantiasa menjaga pandangan, ucapan dan pikiran serta perbuatan dari maksiat.

22.Senantiasa menjaga perbuatan dan ucapan dari menyinggung atau menyakiti hati orang lain.

23.Senantiasa berbagi makanan, minuman dan pakaian kepada yang membutuhkan.

24.Senantiasa membantu dan melindungi siapapun yang dizhalimi.

25.Senantiasa menyimak segala penyampaian hal yang bermanfaat meskipun yang menyampaikan adalah seorang yang jahat.

26.Berbakti pada guru
 
dari sumber : http://majelisaljabbar.wordpress.com/jamaah-majelis/adab-jamaah/

Friday, January 8, 2010

Percaya Allah tetapi tidak kenal Allah




Orang yang percaya Allah, tidak kenal Allah
Allah tidak ada erti apa-apa kepadanya
Allah bukan tempat rujuk dan harapannya
Masing-masing akan bertawakkal dengan kerajaan

Apabila kerajaan tidak membelanya dia kecewa
Ada yang bersandar dengan kekuatan fizikalnya
Manakala fizikalnya sakit atau zaman tua dia putus asa

Tidak kurang yang bersandar dengan orang kaya yang menolongnya
Apabila orang itu mati dia tidak tahu hendak hidup
Dia mati akal, buntu fikirannya, mati jiwanya

Ada juga yang bertawakkal dengan usahanya
Apabila usahanya gagal, derita jiwanya, gelisah hidupnya

Ada yang bertawakkal dengan ilmu dan kebolehannya
Apabila ilmu dan kebolehannya orang tidak gunakan
Hilang akalnya, tidak tahu bagaimana mahu hidup, terseksa jiwanya

Ada pula yang bertawakkal dengan ibu bapanya
Kerana ibu bapanya kaya, ada harta
Jika kekayaan ibu bapanya sudah tiada dia kecewa mungkin putus asa

Tapi jika mereka-mereka yang bertawakkal dengan selain Allah itu berjaya
Datang sombongnya, angkuhnya sangat ketara
Ramai orang yang tersinggung dibuatnya


- Posted using BlogPress from my iPhone