Kami mahu membantu

Hubungi Segera!

Saturday, October 24, 2009

2012 Kiamat? Adakah benar?????




Manusia percaya bahawa dunia akan mengalami kiamat pada tahun 2012 mengikut ramalan orang Mayan. Namun begitu sebelum kiamat itu berlaku, terjadinya pelbagai bencana alam seperti gempa bumi,tsunami dsb.



Dari kalangan manusia, ada seorang yang bijak pandai berusaha untuk menyelamatkan bumi. Lalu dia menggunakan kuasa ajaibnya untuk berhubung dengan masyarakat mayan untuk mengetahui bagaimana caranya bumi bisa diselamatkan.
 
 
Adakah kita semua ini sedar? atau sekadar trailer movie yang menghiburkan...Berbondong-bondong manusia masih bersalut dosa, hanyut dibuai keindahan dunia.

Mari kita menghitung amalan kita, adakah cukup utk kita bawa mengadap Allah Yang Maha Agung di hari dimana wang dan emas tidak lagi berguna, dimana matahari tinggi sejengkal...yaumul hisab......



Apabila langit terbelah,  Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh;  Dan apabila bumi diratakan, Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong,  Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya). Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu.

Al - Inshiqaq 1-6 : 84

No comments: