Kami mahu membantu

Hubungi Segera!

Thursday, November 26, 2009

5 wasiat dari Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w.

Dari Nabi s.a.w., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah s.w.t. telah memberikan lima wasiat, antaranya :
  • Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  • Jadikan cintamu kepada-Ku kerana tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  • Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
  • Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa ditangan mereka.
  • Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta tahajjud.
Saya amat tertarik dengan isi yang ke keempat. Kebanyakkan kita hari ini bergantung kepada mahkluk dalam apa jua urusan seharian malah menyembah mereka. Lailla ha illallah... Tiada tuhan selain Allah.. apa yang kalian faham dengan kalimah agung tersebut?

 
Rezeki atau gaji yang anda dapat dari siapa? Bos, majian atau Allah? Di ikutkan logik akal sudah tentu majian anda betul tidak? Anda kerja kemudian dibayar upah atau gaji. Jika itu menjadi idea fikiran anda selama ini, mudah itu menunjukan kelemahan iman dan kalimah toyyibah.

 
Ibrahim ibnu Adham berkata, "Telah datang kepadaku bebrapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah s.w.t.

 
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu:
  • Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  • Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.
  • Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadatnya.
  • Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
  • Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  • Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  • Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah darinya."
Isi yang akhir sekali menjadi pilihan kerana ia mudah difahami dan boleh dijumpai disekeliling anda. Lebih tepat bagi saya orang yang mengharapkan kepada mahkluk. Mahkluk yang tiada daya upaya kuasa dalam menentukan kita ke syurga neraka.

No comments: